Shipping & Returns

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA..

Soalan-soalan berkenaan Produk, Pembelian, Pembayaran dan Penghantaran :

Bagaimana nak beli?

  1. Pilih item yang hendak dibeli dan sila ikut kaedah penggunaan website.
  2. Buat tempahan di website kami
  3. Selepas tempahan dibuat, sila buat pembayaran & berikan detail transaksi ke email kami.
  4. Item akan dipos
Terma Dan Syarat : 
  1. Harga yang tertera adalah tidak termasuk kos penghantaran kecuali jika dinyatakan sebaliknya.
  2. Barangan yang dibeli tidak boleh ditukar atau dipulangkan kecuali terdapat kesilapan dalam penghantaran dari pihak kami.
  3. Jika barang rosak, hendaklah dipulangkan dalam tempoh 7 hari.
  4. Pelanggan hendaklah menanggung sendiri kos penghantaran, tetapi duit bayaran produk akan dipulangkan.

Kos Penghantaran:

Cara PenghantaranSemenanjung MalaysiaSabah/Sarawak
Pos LajuRM6.00RM10.00
ParcelRM3.00RM6.0


Bagaimana nak guna website ini ?

Cara menggunakan shopping cart dengan betul, tolong ikut arahan dibawah untuk sebarang pembelian barang di website ini.
Tujuan kami menggunakan website yang berbentuk shopping cart untuk memudahkan pelanggan, kerana pelanggan akan diberi resit, dan akan sentiasa diupdate dengan tempahan sama ada telah dibungkus atau telah dipos.

INGAT..anda perlu REGISTER terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pembelian.
Tujuan data-data seperti alamat dan no telefon diambil adalah bagi memudahkan kami untuk menguruskan produk anda.Anda juga perlu LOG IN setiap kali membeli.

Bagaimana nak tahu Keterangan Detail Produk ?

Untuk mengetahui maklumat detail tentang produk, anda boleh klik pada gambar produk atau klik pada nama produk, keterangan detail tentang produk akan diperolehi.Sekiranya kurang faham, anda boleh merujuk kami.

Gambar Kecil, bagaimana ?

Anda boleh klik pada perkataan "larger image" di bawah gambar, satu window baru akan dibuka untuk memaparkan gambar yang lebih besar

Apa maksud "For more information, please visit this product's
webpage." ?
Apabila anda klik pada perkataan itu, anda akan dibawa ke website lain untuk menerangkan produk itu dengan lebih detail.

Kenapa perlu register???

Ia bagi memudahkan anda untuk membuat pembelian pada masa-masa akan datang kerana anda tidak perlu lagi memberikan kami butiran nama dan alamat kerana ia telah berada dalam sistem kami.

Anda hanya perlu mengisi beberapa maklumat asas sahaja. Semudah 1,2,3.

Cara untuk Membeli Pada kali Pertama :
  1. Pilih produk yang dikehendaki, klik icon add this to my cart.
  2. Sekiranya anda masih mahu membeli belah, klik icon back to shopping.
  3. Jika anda telah selesai membeli-belah, klik icon go to checkout. Anda akan dapati senarai produk yang dipilih.
  4. Kemudian, anda perlu mengisi maklumat pembelian seperti alamat untuk penghantaran produk dan no tel/email untuk dihubungi.
  5. Klik icon submit.
  6. Setelah selesai membuat pendaftaran, anda akan diminta untuk confirm atau memastikan alamat dan no kontek yang diberi adalah betul
  7. Klik pada icon change address sekiranya nada mahu membetulkan alamat yang diberi.
  8. Klik ikon continue checkout.
    • Disini maklumat pembelian akan dinyatakan kepada anda.anda perlu menyatakan kaedah pembayaran yang digunakan.
    • Sekiranya menggunakan pembayran menggunakan bank tempatan Malaysia seperti MAYBANK klik ikon local bank malaysia.
    • Sila ambil maklumat no akaun bank dan alamat sekiranya menggunakan money order.
  9. Anda perlu membuat pembayaran di bank yang berkenaan. Setelah membuat pembayaran.sila maklumkan bukti pembayaran seperti masa, no rujukan resit dan jumlah melalui emel/sms.
Setelah itu dalam tempoh 2 hari hingga 7 hari barang akan sampai kepada anda, bergantung kepada lokasi anda.
Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila emel/sms kepada kami secara terus dan segera.
Back
Start Accepting Credit Cards For Your Business Today!